Sejarah

Radio MiasaraFM telah pun di tubuhkan oleh Almarhum Nasarudin Bin Bidin atau lebih di kenali dengan Karl Nasa. Walaupun pemergian beliau lebih setahun yang lalu, radio ini tetap akan kami kekal kan. Alhamdulillah Radio MiasaraFM telah pun berusia 5 tahun. Walaupun terlalu banyak cubaan dan dugaan yang kami harungi, namun dengan berkat sokongan anda-anda pendengar yang kami sayangi,radio ini dapat bertahan sehingga ke hari ini.


Ribuan terima kasih atas sokongan anda selama ini.. tanpa anda siapalah kami DJ DJ di radio ini. Dengan kegigihan DJ2 kami di sini, radio ini akan berkumandang 24 jam sehari dengan pelbagai rentak irama lagu untuk pelbagai lapisan umur. Suara-suara yang sering berkumandang seperti DJ Rusalinda, DJ Lipsy dan DJ Cahaya akan sering membuat anda tersenyum dengan segmen-segmen yang mencuit hati. Mungkin ada yang tertanya-tanya tak ada ker DJ lelaki? Pastinya ada.. Dj RealCoolCoFFee, Dj Anak Gajah, Dj }Bug{, Dj kulat_beracun, Dj Aril dan Dj BumbleBee akan berkumandang sekiranya ada kelapangan waktu dan pastinya kita juga akan mendengar suara Dj Scarzface dan Dj Restu Ibu yang akan menembusi ruang udara pada waktu malam.


Anda juga akan di hiburkan dengan lagu-lagu yang akan di AutoRun oleh Dj Kemamang dan Dj Fantaghiro


Kepada yang berminat untuk menjadi DJ kami, kami amat mengalukan kedatangan anda


Semoga anda semua terhibur dengan Radio MiasaraFM - Radio Santai Anda.


Terima kasih